Pemesinan Industri

Pengenalan


Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti‐duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Lukisan dan Rekabentuk Kejuruteraan, Penyelenggaraan Mesin, Penggunaan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai jenis konvensional dan CNC, Penggunaan Mesin EDM Die Sinking dan Wire Cut. Selain daripada itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan pengurusan.

Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.

IMG_9802_1

IMG_9804_1

Peluang Kerjaya


Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UteM, UTHM, UTM dan lain-lain IPT Kemahiran yang berkaitan.

Tempoh Pengajian


8 Semester

Pentauliahan


Semester 1 – 2 : Sijil Vokasional Tahap 1 (Pra-Diploma)
Semester 3 – 4 : Sijil Vokasional Tahap 2 (Pra-Diploma)
Semester 5 – 6 : Sijil Vokasional Tahap 3 (Diploma )
Semester 7 – 8 : Sijil Vokasional Tahap 4 & Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Modul Vokasional


MIM101 Workshop Safety
MIM102 Fundamental Of Industrial Machining
MIM103 Basic Engineering Drawing
MIM104 Measuring And Gauging
MIM105 Hand Tools And Bench work
MIM201 Drilling Machine
MIM202 Basic Lathe Machine
MIM203 Basic Milling Machine
MIM204 Basic Grinding Machine
MIM205 Minor Maintenance
MIM301 Machine Drawing
MIM302 AutoCAD 2D Drawing
MIM303 Lathe Machine
MIM304 Assemble Project 1
MIM401 Intermediate Milling Machine
MIM402 Intermediate Grinding Machine
MIM403 Major Maintenance
MIM404 Assemble Project 2
MIM501 AutoCAD 3d And Inventor Drawing
MIM502 CNC Lathe
MIM503 CNC Milling
MIM504 CNC Grinding
MIM601 Major Maintenance
MIM602 EDM CNC Machine
MIM603 Supervising
MIM604 Assemble Project 3
MIM701 Organize Pre-Production
MIM702 Product Planning
MIM703 Product Design
MIM704 Diploma Module
MIM801 Manage Manufacturing
MIM802 Organize Equipment Maintenance
MIM803 Diploma Module
MIM804 Diploma Module

Modul Umum


AMT Bahasa Melayu I – VI
AMT Pendidikan Islam I – IV
AMT Pendidikan Moral I – IV
AMT English I – II
AMT Sejarah
AMT Mathematics
AMT Mathematics for Technology
AMT Sciences
AMT Science For Technology
SUK Sukan I – V
PJK PJ & PK
KKU Kokurikulum I – V
PLKN Kokurikulum (PLKN)